Tuesday, July 7, 2009

Laman web yang menarik..

Posted by art

Kawan-kawan tak kira bangsa apa-apa agama apa tengok web site ni boleh membuka mata kita tentang amerika http://www.arrivals.technocrazed.com

Wednesday, July 1, 2009

NIBONG TEBAL MTB ADVENTURE 21-6-09

Posted by art



Mula-mula sekali ucapan sekalung tahniah kepada group gerek gunung yang telah berjaya mengadakan satu event yang begitu grand,yang best tu trek dia boleh kayuh downhill dia memang layan habis organizer yang begitu mesra, harap tiap-tiap tahun ada event di sini memang best trek dia ,cuma gerek gunung dapat maintain trek dia ni ,sapa tak pi memang rugi, tapi kalau lima bintang saya bagi empat bintang setengah yang setengah tu kerana goodies bag memang tak best langsung harap-harap tu dapat di baiki sekurang-kurangnya bagi la 100+ yang berharga rm1.90 satu tin ka ,stokin yang berharga rm2.00 satu ka boleh la buat cenderahati.Trek yang mesti pi tahun depan.......


Pada 21/6/09 kami telah pun menyertai Nibong Tebal MTB Adventure Jamboree.Walaupun kami hanya empat orang kami tetap bersemangat untuk menghabiskan laluan jamboree ini,rasa sedikit kecewa dengan ahli-ahli yang lain yang pergi berasingan ,masing-masing nak kurangkan kos yang almaklum lah ekonomi gawat, nak enjoy dulu la macam2 lagi.Malam tu kami telah pun menyewa homestay kat Krian ,Perak Thank to En.Zahari kerana telah membantu kami untuk mendapatkan rumah tersebut memang selesa rumah besar duduk 4 orang tapi malam tak boleh tidur panas.Sebelum tidur kami pi makan dulu di bandar kerian.Apa nama roti ni tolong bagi tau sat.


















pada keesokan harinya pagi yang indah kami ramai2 berkumpul di perkarangan sekolah entah lah berapa ratus orang tapi memang banyak .





k












Kami sedang menunggu Sandra di Komplek Belia Dan Sukan Ah Aun rider yang di import dari Singapura tapi pancit 3 kali kesian .
Tapi budak ni semangat juga dia sanggup balik dari Singapura atas nama 99bikes gua salute lu lah harap semua ahli ada semangat macam ni,baru 99bikes akan menjadi kelab yang di sanjungi kelak.







Ah Aun tengah beraksi Next year cuba lagi no.....















Aku pagi lagi dah bersedia untuk berjuang mengalahkan Bang moh dan En.Zan yang sudah pun mengistiharkan perang.



















Tunggu bang Moh ni saya mai dah ni nampak gaya nya bang Moh kena bayar la rm 50. jangan buat-buat lupa pulak.


Ini buktinya Bang Moh ,4 jam saja selesai trek ni .








Abang Moh sedang pulun nak hambat saya dengan Wan tapi sayang tayar belakang pun tak nampak,so jangan kecil hati bang moh no cuba lagi di UUM nanti tapi apa pun wa respect la lu punya semangat....tapi tolong la jangan ikat allen key di body gerek malu la macam rider dari Timur Leste aje.








Wan kata dia tak rasa tergugat pun dengan cabaran bang Moh tengok tu selamba aje meninggalkan bang Moh..he.he.he.











Trek ni layan downhill memang best la en zan sampai tak terlayan sampai tergeliat urat bahu ada full-susp bawa Jamis hard tail kan dah terima padah,konon2nak hambat bapa saudara dia tapi sayang kena tinggai teruk Pak Ngah menamatkan persaigan di no 34 cuba lagi bos rajinla training sikit bos ada potensi cuma masa saja tak mengizinkan.






Ha tu dia Pak Ngah En Zan dah umur 57 tapi masih power nanti jumpa nak tanya petua.














Specialized ni Pak ngah dah belanjakan rm15k memang minat betoi la pak ngah dengah aktiviti berbasikal ni aku pun nanti pencen kalau boleh dan jika di izinkan allah akan terus kan berkayuh macam Pak ngah Bravo...kerana orang-orang macam Pak Ngah, Bang Moh sukan ni akan terus berkembang.





Adeli ni yang kesian pi sama-sama dengan Bang Moh balik seorang-seorang bang moh marah pasai tinggai dia jauh sangat naya betoi .










Ah cun dari pagi lagi telah pun bersedia untuk berjuang dia ni seyum saja orang lain dah separuh nyawa dia boleh senyum lagi,dia ni memang laju apa dia makan pun tak tahu tapi 99bikes berbangga mempunyai rider yang berbakat seperti ah Cun ni dia memang bersungguh training , dia telah pun menamatkan di tempat ke 10 walaupun panct di awal pertandingan.
Ha senyum sakan awek tolong kalung medal jaga bagitau kat bini baru tau ,untuk pengetahuan umum dia ni sudahpun dikenakan tindakan tatatertib oleh 99bikes kerana dia telah mendaftarkan diri diatas group Soo Beng dia
di mestikan kayuh tiap-tiap hari selama
sebulan tanpa henti.




















Depa dua ni Aguan dan Ah Shen ni depa pi dulu pi cari durian dengan group 66 so tak tahu nak cerita apa .